Tuesday 7 July 2015

Kronologi Bersalin Anak Pertama - Part 1

New Journey in My Life for me to remember

Aku ingin melakarkan pengalaman bersalin anak pertama di blog ini secepat mungkin agar ingatan & kenangan itu abadi. Sebelum ni, tak sempat pun nak merealisasikan angan-angan untuk update pelbagai cerita kehidupan aku. Ingat nak bermula dari konvo degree, pekerjaan pertama ku, aku dirisik, persediaan pertunangan, hari pertunangan, persediaan perkahwinan, hari perkahwinan, honeymoon & pengalaman mengandung. Sifat kemalasan tu menguasai diri padahal boleh je update through phone. So since this is new journey in my life & husband with our cute little princess. Here it is...

30 Jun 2015
7.30 pagi - Selepas mandi, terperasan lendiran keluar dengan dot chocolate. Tunjuk pada husband...masing-masing blurrr. Aku asume tu sebagai keputihan saja la sebab minggu-minggu terakhir mengandung memang akan ada keputihan. Aku dah 39 weeks day 2 of pregnancy masa tu. So bersiap pergi kerja macam biasa la.

9.30 pagi - Tengah sibuk-sibuk buat kerja kat office, rasa panty liner macam basah sikit tak macam biasa. Kebetulan rasa nak buang air kecil, so terus pergi toilet la. Tengok2 panty liner ade cecair yang aku sendiri tak pernah tengok. Macam cair bewarna keruh kuning sikit. Ni bukan keputihan. Terus whatsapp group officemates perempuan tanya warna air ketuban warna apa macam mana bentuk nya. Aku siap minta maaf & hantar gambar warna cecair di panty liner. Diaorang semua dah macam kelam kabut tanya aku kat mana, sakit ke tak. Seriusly aku memang x rasa sakit. Aku terus masuk office, amik panty liner spare pergi tukar. 

Kak Zarina cakap tu dah kira air ketuban. Kak Liny pula call desk phone cakap dia dulu pun keluar air ketuban macam tu. So dia advice kan aku berbuka puasa, balik rumah bersiap mandi, makan telur separuh masak makan kurma semua. Tak lama lepas tu Kak Shikin pula datang kat desk halau aku balik rumah cepat.

Aku pun sibuk2 list kan kerja apa yang aku pending & nak handover kat Ging Chiau yang bakal backup kerja2 aku sepanjang aku bercuti. Kerja yang aku boleh siap kan, aku siapkan cepat - send out email yang dah draft je pun. Terus aktif kan out office notification sekali. Sign gate pass & Kak Zarina yang tolong naik atas bagi Manager-in-charge sign kan. Tangga shortcut tinggi. hahaha diaorang tak bagi aku jalan. Senior HR pun dah paksa aku balik cepat2. Aku pergi tukar pad pula sebelum gerak balik sebab rasa panty liner kedua dah lencun. Kak Zarina & Kak Shikin advice aku pergi klinik yang boleh check ibu mengandung dulu. Dalam otak nak pergi Hospital Penawar je dulu sebab ada Klinik O&G. Tapi Kak Zarina cakap takut hospital terus tahan pula, tak memasal bersalin kat swasta. hahahaha...aku pun fikir perkara yang sama. Dia advice pergi klinik RabbiSyifina je. Boleh jugak tu sebab memang dekat dengan rumah. Dah call husband sekali bagitau condition aku & aku bagitau aku balik rumah.

10.30 pagi - keluar dari office & sempat singgah bank nak withdraw RM800 untuk bayaran deposit check in wad 1st class di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Lepas tu call husband cakap aku dah otw nak pergi klinik & minta dia pun balik untuk bawa aku pergi hospital nanti. Aku terus ke Klinik RabbiSyifina & beritahu doktor perihal aku. Doktor advice terus pergi hospital sebab dia tak nak aku kena check jalan bukaan untuk bersalin banyak kali. Untuk mengelakkan infection kalau kena seluk banyak kali. Aku akur & terus keluar dari klinik. Sebelum balik rumah, sempat singgah kedai runcit beli roti. Teringin makan roti jem chocolate peanut pula. hahahaha...

11.30 pagi - sampai rumah, masak air & terus pergi mandi air shower heater. Ingat ada baca kalau boleh mandi air suam. Nasib rumah ada shower heater tu. Bersiap tukar baju semua dengan kemas2 barang lain yang nak bawa pergi hospital sambil2 rebus telur ayam kampung separuh masak 2 biji. Makan telur ayam kampung separuh masak, minum milo, makan roti jem chocolate peanut. Husband pun dah sampai rumah & tolong angkat barang nak bawa pergi kereta. Just termos air, air masak, milo, biskut, roti je. Barang2 macam beg ibu dan bayi & barang bayi utk ke labour room memang dah ada dalam kereta. Actually beg ibu baru je bawa turun letak dalam kereta pagi tadi. Tergerak hati nak bawa hari ini sebab baru lepas kumbah & kemas balik. Beg bayi pun dah kumbah & kemas balik sebelum ni. Hahaha jenis tak puas hati kan kot2 barang apa yang tak cukup lagi. 

1.15 petang - kami tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Husband cari parking & kami jalan sama2 ke Emergency orang bersalin. Gigih lagi jalan sendiri sebab perut tidak rasa sakit lagi. Sampai je Emergency, bagitau guard & disuruh pergi ke bilik saringan di Tingkat 1. Sampai je kaunter terus hulur buku pink & beritahu nurse yang aku dah keluar air ketuban. 


Aku memang tak suka duduk dah. Rasa nak berdiri & banyak jalan sebab kalau duduk, pinggang tu rasa macam menyucuk-nyucuk. So aku pun berdiri je sambil ditemani husband. Tak lama lepas tu nama aku kena panggil untuk di ambil tekanan darah & check CTG. Masa ni nurse je yang check dulu. Masa nak baring atas katil bilik saringan tu, lokos dah pad aku dengan air ketuban. Macam 2 das mencurah-curah sampai nurse bagi 2 keping maternity pad kat aku. So far suma okay lagi & aku diminta menunggu di luar lagi sehingga nama dipanggil. 

Dah petang macam tu baru la nama aku dipanggil lagi sekali oleh doktor. Tak perasan pula jam berapa masa tu. Doktor tanya macam-macam. Air ketuban keluar warna apa, berapa kali tukar panty liner tukar pad. Aku pun dah ingat-ingat lupa sebab dah blur. Nasib ada ambil picture masa mula2 keluar air ketuban tu.  Continue CTG bagai & ambil bacaan suhu badan. Then kena ambil darah juga tapi lupa pula untuk apa. Disuruh keluar menunggu lagi. 

Senja baru nama aku dipanggil untuk check in wad ibu mengandung. Husband kena pergi kaunter hasil untuk pendaftaran masuk & booking wad 1st class sekali guna GL husband. Kesian husband kena turun naik turun naik. Lepas tu kami diguide untuk ke wad ibu mengandung. Huhuhu agak sadis gak wad nye. Macam dalam asrama pun ada, macam wad zaman berperang pun ada. Dah la panas. Nak menitik air mata kena duduk wad macam tu. Merengek2 kat husband nak wad lain. Tapi disebebkan wad 1st class masih penuh & kena tunggu, so redha je la. Mula2 kena tukar baju wad which is colour pink. Size semua besar2, kelakar tengok diri sendiri pakai. Masa tu tak terurus dah sebab sakit pinggang. Kalau boleh tak nak duduk langsung. Nak berdiri & jalan mundar mandir je. Sebelum diberi katil, nurse check degupan jantung baby dulu & bagi aku dengar. Lepas tu nurse siap kan bed aku. Bed aku hujung sekali & tak kena kipas. Sedih.... Redha je la dulu tunggu dapat wad 1st class. Letak barang semua terus pergi mandi. Jalan pun dah slow2 sebab rasa macam sakit sikit2. Bilik air pun takot macam licin. Al-maklum la bilik air kongsi2 macam asrama. 

7.00 malam - dah hampir waktu berbuka. Kesian husband. Dia cakap nak keluar pergi beli makanan untuk dia berbuka & dinner untuk aku. Paling senang beli McD je la. Tak dan dah nak memikir. Masa husband keluar tu...aku baring je la merengkot atas katil sebab dah rasa tak selsa sakit mnyucuk2 kat pinggang. Nak duduk lagi la x tahan. Tahan je la. Husband balik dari beli makanan, makan same2 pastu dia dah nak balik mandi semua. Aku pun rasa sedih & redha je la kene tinggal kat wad. Tidur la malam di situ tanpa husband. Tengok akak katil sebelah dah dapt pindah 1st class. Tak pe...tunggu je la rezeki. Ok...rehat atas katil  sambil layan FB & WA, family & kawan2 risau. Minta semua doakan aku dipermudahkan untuk bersalin.

9.00 malam - Husband bagitau dah sampai rumah. Mengadu kat husband yang pinggang ni dah sakit sangat. Tapi asyik rasa nak buang air besar je. Duduk kat toilet lagi selesa dari duduk kat katil. Sampai je katil lepas buang air besar yang sikit tu terus datang sakit balik. Husband cakap sampai bila nak duduk dekat toilet. Mana boleh teran...nanti baby terkeluar pula. So baring mengiring je la atas katil nak kurangkan sakit. Sedih je tidur sorang2 tanla husband. Husband cakap nanti dia datang balik...malam ni nak tidur kat parking hospital sebab takot aku dah nak bersalin, dia tak sempat sampai. Pasir Gudang ke HSA dekat setengah jam juga. Kesian husband. Aku pun tengah risaukan Miaw kucing aku yang bunting tu. Takut dia pun nak terberanak sebab sama2 sarat. Hahahaha. Tanya2 husband pasal Miaw. Miaw okay je. Sebab dah penat sangat, aku nak lelap kejap. Tak larat dah. Good night.

-to be continue part 2-

Sunday 21 December 2014

Permulaan merajinkan diri berkongsi cerita di Blog Si Gadis Kerinting

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Finally...mood rajin untuk share pelbagai cerita sudah datang. Weeehuuuu....sebab-sebabnya adalah:

(1) hari ini hari Ahad. Aku cuti even though Johor bukan waktu cuti. Orang kerja swasta begini la. tapi Encik Husband kerja pula. Orang kerajaan kan. so redha...

(2) rumah dah kemas. hasil kerjasama mengemas aku & Encik Husband sebab mak mertua, pak mertua, adik-beradik semua nak singgah tidur semalamam hari Jumaat hari tu sebelum balik rumah Atok kat Kota Tinggi. Encik Husband rajin sekarang tolong kemas sebab wife dia tengah malas. >>>>> tengah pregnant. first trimester dah nak habis. rumah memang boleh kira bersih sampai hari ini.

(3) perut dah kenyang breakfast kat luar tadi. so x payah masak plus memang dah malas masak sejak pregnant ni.

(4) bosan la pula tengok tv. tunggu melodi jap lagi. dari tertidur sorang-sorang sambil kena serang dengan Miaw yang kuku panjang.

(5) line internet macam laju pula bila bukak laptop. saja2 try usha line okay ke idok.

(6) banyak sangat cerita terpendam

so Let's begin the Story of Akma.

:)

Monday 4 August 2014

Too many stories to reveal

As Salam! I have too many stories ro post here after my wedding. I will start from my graduation day on 2012 till my wedding preparation stories 2014. Previously too busy too lazy to post anything here. However I love to share my journey my exeperience in lots of things here. May be can be guide for others. 

Currently busy with my wedding preparation & 27 days left.

            The busy face

Thursday 12 June 2014

Come Back

As Salam Readers....

Do I have? Will be back with many stories soon. for sure.
After one & half year did not post anything about my life, my surrounding.
soon will post & share a lot of things.

Till then
Good Night


Akma Samian

Friday 15 June 2012

Dinihari punya post



As Salam readers. errrkkk do I have readers on my blog? Not much I think. 

What a long time did not post anything on this blog till now since I am really busy. I do not have much time to post my life story here eventhough I do have lots of story to be share on this blog.

Now I am taking my Sahur while type on this post. huhuhuhu....
orite, wait for my story yaaaa.

much love Akma Samian. 

Tuesday 1 May 2012

Kerjaya ku sebagai Document Analyst

yeayy ! akhirnya ade juga masa nak update blog ni. dah lame sangat pendam cerita ini untuk dikongsi kepada yang sudi membaca blog ku yang makin berhabuk ni. al-maklum laaaa sekarang menjadi wanita berkerjaya, bukan lagi gadis hingusan. hehehehehe so back to the story yang dah lama sangat perap ni. harap tak bosan la ye kepada yang membaca tu. jangan menguap pula.


okeh terus kepada cerita yang sepatutnya. pada 3 Mac 2012, sebagai seorang SIMA Trainee, boss minta aku datang training check document & tanya mana yang aku tak paham. hari tersebut adalah hari sabtu & aku sudah plan nak kua dating. bf aku pun dah sampai KL tau. sedih je. nak absorb masuk kerja tu punya pasal, aku datang je la. padahal hari jumaat tu aku cuti tauuuu. sadis tak? tapi yang gembira nya, boss cakap 'akma, effective date kau 5 Mac ni. aku amek kau kerja'. heeeeee suke bukan kepalang. akhirnya, aku akan menjadi salah seorang Document Analsyt di Scope International untuk Standard Chartered. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu. Alhamdulillah. berbaloi la penat lelah, usaha aku selama ni walaupun aku tak de la bagos sangat kann.

so hari Isnin (5 Mac 2012), aku dah amik cuti siap sebab nak berdating. lagi pun memang nak habes kan annual leave untuk SIMA Trainee. Syok laaaa practical pun dapat annual leave kan. hehehe HR call aku minta datang sign contract of employment & bawa sijil-sijil yang berkaitan. Disebabkan aku sedang bercuti, esok nye baru aku pergi sign contract. sebelum masuk kerja petang, aku pergi jumpa HR personnel yang in charge untuk sign contract. Oh yeayyy ! banyak nya nak baca isi kandung contract ni tapi kena baca & paham kan juga kot2 jadi pape ke nanti. naye jeee. aku amik masa 1 jam bacakat HR tu tapi sempat la SMS boss yang aku kat HR, terpaksa masuk kerja lambat sikit. huhuhuhu yang penting dalam contract tu aku tengok tang gaji, annual leave berapa hari aku dapat, & medical benefits. gaji boleh tahan. tak mau cakap laaa, nanti orang kata aku poyo pulokssss. siapa-seapa yang tahu pasal job Document Analayst ni mesti tau la gaji nya camane. kerja lagi laaaa cmane kannn. annual leave not bad dapat 21 hari. weeehuuuuu~~~ syok nye syok nye.

actually geng2 SIMA Trainee Doc Check semua dapat offer. Aku, Fuzy, Ila, & Mai sama-sama dapat. best kannn tapi kitaorang serve country yang berbeza. Aku serve Japan, Taiwan & Singapore. Mai serve Hong Kong. Ila & Fuzy serve UK. Aku berasa sangat gembira sebab aku dah ada kerja tetap sedangkan status aku masih lagi seorang student yang sedang menjalani practical. lepas sign contract je, terus sms Ibu pasal aku dah dapat kerja. senang kannn tak perlu pergi interview2 lagi. leceh laaa. Kat Scope, aku kena bond 18 bulan. dalam masa 18 bulan, aku tak boleh lari or quit macam tu saja sebab Scope dah spent banyak duit untuk train aku. tak pe la, terima je la. kerja sekarang sangat susah nak cari. terima je mana yang dapat. Alhadulillah, aku terus dapat kerja yang akan menyenangkan hidup tetapi kerja ini susah. kadang-kadang rasa suffer juga tapi aku kan muda lagi, mesti kuat menghadapi dugaan yang mendatang. 

ok la, ni je aku nak cerita kat sini. nak bagitau yang 
AKU SUDAH MENJADI SEORANG WANITA BERKERJAYA. 




name tag & contract of employment

Saturday 31 March 2012

Lets Support EARTH HOUR 2012


Let's turn off any ELECTRICITY SUPPLY to save our mother earth.
31 March 2012 8.30pm to 9.30pm


Akma Samian is supporting Earth Hour 2012.

Turn of light, electricity supply and having my meal with this Standard Chartered Earth Hour 2012 Candle.
Nice smell yawww. 


xoxo AKMA SAMIAN xoxo