Tuesday 31 January 2012

Rahsia Kekayaan Apek


Berseluar pendek, Bersinglet, Berselipar Jepun tapi poket di kiri & kanan berkepuk-kepuk.

Inilah al-kisah nya....


Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."


Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."


Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."



Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri.

sumber ehsan : Facebook

Sunday 29 January 2012

Boots Dr Martin

malam tadi keluar dinner dengan amin kat McDonald Sg Besi sebelum dia pulang ke Shah Alam. Masa tengah beratur nak order, aku ternampak la seorang chinese girl neyh memakai boots. aku cakap la kat Amin : " ehhhh boots ni tengah trend balik la, hari tu aku blogwalking kat blog Fatin Liyana pun, dia dah beli boots ni." hehehe nak tahu Amin buat apa. Dia tunjuk kasut yang dia pakai tuh. Boots Dr Martin gak tapi versi dah buruk. heheheh sorry Amin. Colour dia tak menarik perhatian aku tapi colour boots yang chinese girl tu pakai colour Hitam, so nampak cantik gak. 

so sekarang padam jam 4.30 pagi, aku tak tidur lagi. aku pergi la usha balik kat blog Fatin Liyana. tengok post dia pakai boots tuh. lihat la tuh, macam style gak. 


seterusnya, sesi menggoogle laaaa. hahaha macam-macam colour la boots neyh. boots ni memang famous masa zaman Skinhead tengah top dulu. sekarang ni girls alaf baru pakai sebagai sebahagian dari style saja.




style kannnnn. bawah ni adalah yang lagi feminin sikit. 





Dr Martin Floral boots


hehehe teringin gak nak pakai boots Dr Martin. colour hitam camni je cukup la. 
bukan la pandai sangat bergaya kannnn. ini adalah colour yang paling safe.



sekarang ni aku cuma ada boots untuk kawad je. tu pun dah 2 tahun tak dipakai sebab aku dah lama tak berkawad & tak join aktiviti Pertahanan Awam lepas ditauliahkan. huhuhu SISPA UNISEL ada kat Bestari Jaya je. kat Shah Alam tak de. sobssss~~~ rindu. hookey, over pulok, back to boots. nanti aku nak try cari la boots Dr Martin ni.


handsome tak aku pakai boots kawad ni? 

sekian.



Event SCOPE WE-DO

On Saturday 14 January 2012
 Wholesale Banking Operation organised WE-DO at Padang Astaka PJ.
WE-DO stand for WBO Engagement Day Out
It is not about couple engagement. This is like "Sukaneka".

hurh~~~ what is it? All SIMA Trainee are compulsory to come. and yet I got free t-shirt for this event. ngeh ngeh ngeh TQ Boss. Kesian department lain kena keluar duit sendiri beli baju. hahahaha

so after balik kerja dalam jam 3 - 4 pagi, tidur kejap lepas tu bangun siap-siap nak event ni. going together with Illa, Syikin & Ain. ahhhhh rabak mata tak cukup tidur. sampai lambat sikit sebab tak jumpe padangnya.  kata depan AmCorp Mall tapi sebenarnya seberang highway la ye. melepas la nak tengok kawan-kawan yang kena buat persembahan marching. sobs sobs sobs~~~

okay, dah sampai. so kena la cari geng2 gossip dulu lepas tengok penghujung marching. bergossip sesama SIMA Trainee adalah wajib. weeeehuuuu

ini geng budak Trade
atas : fuzy, peneh, mai, dayu,illa, syikin, me, fara & rauf
bawah : L, rosdan, zati, & ...... (sorry lupa nama)
suma pakai baju FREE


soooo dalam ni adalah beberapa geng gossip yang tegar iaitu aku, dayu, jannah. lama dah tak melepak dengan korang kat SIMA. rindu ! jarang dah jumpa sebab aku kerja malam kannn. semangat nak elaun lebih. 


okay lets talk pasal WE-DO ni. ada maskot okay untuk setiap group. 
so kat bawah ni la maskot-maskot yang ada untuk hari itu.
ihsan dari FB : Fuzy Rahman. 

ni superhero pertama. x tahu yang mane. macam ironman ada jubah je. 

tu diaaaaa. Batman laaaa.

abaikan yang sebelah kiri tu. yang superhero tu X-Men kowt

yang ni pula Ninja Turtle

comel-comel belaka la maskot2 yang ada. 
HAHAHA tak sempat nak snap dengan suma maskot neyh. 
cameraman tidur kat rumah. tak sempat nak heret.

seterusnya, sesi registration. maklum la nama aku termasuk dalam senarai peserta Main Tarik Tali. hahaha kuat ke? redah je la. dapat souvenir beg SCOPE + Pin Button WE-DO. lepas habes sesi marching, makan time. dapat makan nasi lemak je. air beli sendiri. nampak sangat la event budget neyh. REDA je la kannn. best dapat cuci mata je la. hikhikhik okay la, acara-acara yang ada dalam event ni adalah :
  • lumba lari ramai-ramai ikat kaki kat tali. (x tau camane nak describe, paham-paham sendiri je la)
  • lumba lari pakai goggle & pegang baton nenas
  • tarik tali


tu je laaaa yang ada tapi banyak kategori. bertahun gak la nak tunggu aku dapat main tarik tali. tapi baru je last game tarik tali untuk boys, hujan. so event seterusnya postpone kat TownHall nanti. yang lagi best .... event tarik tali girls batal la. siapa nak main tarik tali dalam hotel kannn. 

HAHAHAHAHA so aku datang memang saja2 nak disnap gambar jeeee.









sekian itu saja. 
tak best langsung aku bercerita kannnn. 




Saturday 28 January 2012

5 Rahsia Orang Cina Kaya Raya

 

orang melayu wajib baca !

1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup :
    Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan & keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung :
    Untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan, pelanggan adalah raja,
    kehilangan pelanggan adalah musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.

3. Orang cina jarang bangkrap, kecuali 2 perkara :
    berjudi dan kaki perempuan / ada perempuan simpanan.

4. Modal orang cina, 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk :
   1 mangkuk untuk keluarga, 1 mangkuk simpanan & BAKI  3 mangkuk untuk modal balik.

5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal : 
    mereka akan bertanya, berapa bunganya ?
    bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan.



sumber ehsan Facebook.


SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN KETIGA






Encik Azuan Abd Razak
SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN KETIGA
D̶̶o̶̶n̶̶'̶̶t̶̶ ̶̶w̶̶a̶̶i̶̶t̶̶ ̶̶f̶̶o̶̶r̶̶ ̶̶t̶̶h̶̶e̶̶ ̶̶p̶̶e̶̶r̶̶f̶̶e̶̶c̶̶t̶̶ ̶̶m̶̶o̶̶m̶̶e̶̶n̶̶t̶̶. 
Take The Moment and Make it Perfect.
15 January 2009 in memory


with LOVE
Cik Akma Samian


nota kaki : kami bermula dengan berskandal satu tempat kerja & akhirnya berchinta sehingga kini. Alhamdulillah. lewat sangat nak update. busy sangat.

Wednesday 11 January 2012

Wordless Wednesday #4 Light Bulb Necklace





# nota kaki : sedang mencari necklace cenggini lepas menonton movie The Darkest Hour. sangat rare !

Monday 9 January 2012

Mahasiswa sebelum AUKU

macam best je jadi mahasiswa sebelum AUKU. pelbagai pengalaman dapat dipelajari. 
Jom check it out !



so... hallo brader : jangan nak cakap UNISEL tempat terbaik untuk membiak demonstrasi okay.

suke hati dia je nak kutuk-kutuk tempat orang belajar pula.
saya budak baik tau tak terlibat dalam ni sume.
peace !




Friday 6 January 2012

Ulasan Nur Amalina Che Bakri








Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

"Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, 
Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.
Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.
Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.
“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung)."


< Ooooo... memang tidak bertudung. tanggapan negatif hanya kerana dia bertudung pabila keluar di media massa mengenai kecemerlangan dia. orang di luar sana tidak mengetahui. >
Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.
"Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.
Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.
Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.
Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat."
"Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan…mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.
Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.
sumber - Harian Metro 5 Januari 2011

# nota kaki : Alhamdulillah masih lagi tahu batasan diri sendiri walaupun hanya belajar di KL & Selangor. tak macam sesetengah orang masuk KL, bertukar macam power rangers. Jelous dengan english Nur Amalina yang power habes. 

Thursday 5 January 2012

Elaun Pertama

gembira tidak terkata pabila melihat e-mail yang bahawasanya elaun untuk bulan pertama di Scope International - Standard Chartered sudah di bank-in kan. dapat online payslip. fuyooo... tapi tak la sampai terlompat-lompat kegirangan sangat kannnn. gembira seketika sahaja sebab trainee yang berijazah dapat 2 kali ganda ++ dari saya yang hanya trainee intern saja. uwaaaaaa.... mana adil cenggitu sebab saya pun bakal menghabiskan degree saya lepas habes intern. tapi tidak mengapalah. terima seadanya. ini rezeki untuk diri sendri. Alhamdulillah.

"Ya Allah..alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang kau berikan...amin.Moga kau berkati apa yang ku lakukan dalam muka bumi mu Ya Allah..berkatkanlah rezeki yang kau berikan ini.."

tak sempat lagi nak check kat akaun. maklum la orang busy kerja malam, siang busy tidur. dah macam burung hantu gamaknya. serve UK country kowt. no wonder la kann. so, perkara pertama yang saya akan lakukan dengan elaun tersebut ialah membayar sewa rumah + bil api air + wifi. Fuhhh~~~ belum apa-apa dah cecah RM300++ pula tu. sabar je lah. yang selebihnya sebagai duit makan + minyak motor pergi balik kerja saja. cukup-cukup makan

kalau dah dapat kerja, gaji pertama ada peruntukan sikit untuk family saya di Johor. itu janji. 

# nota kaki : pneh siap share information pasal elaun dekat FB lagi. hahahaha semangat waja !

Wordless Thursday (Wednesday) #3 Takoyaki ! Yummy !





 # nota kaki : semalam x sempat nak upload. so ini sebagai pengganti. cewah...mcm la ramai yg bace blog neyh. peace yawww~~~

Monday 2 January 2012

Wishlist 2012


tertunggak untuk beberapa hari. memang dah terniat nak senarai kan wish list untuk tahun ni sebagai ingatan. maklum la umur makin meningkat, takut lupa lak ape akma nak buat dalam tahun ni. hehehehehehe...
so ini adalah wish list akma untuk tahun ni :

  • dapatkan monthly planner for 2012. <memang tiap2 awal tahun wajib beli, jenuh la nak mencari yang akma suka & memenuhi citarasa. penat Azuan Abd Razak nak temankan cari dari Popular ke MPH ke Border>
  • habiskan internship dengan cemerlang, terbilang & gemilang
  • habiskan hutang motor Nouvo S secara lum sum
  • diversify my investment portfolio untuk dapat profit yang best2 sementara duit masih ada & untuk elakkan pembaziran berlaku. Mazlan Husin sila tolong okay. <kami budak finance>
  • moga-moga diserap masuk dalam Scope International - Standard Chartered. <abes intern terus dapat kerja, kan bagos>
  • nak beli Samsung Galaxy SII
  • moga-moga sentiasa kekal sihat & ceria macam selalu  <appointment dengan Doktor kat Batu Pahat jangan buat-buat lupa akma oiiii>
  • semoga keluarga kecil kami sentiasa cekal & tabah meneruskan kehidupan walaupun tanpa abah di sisi. <al-Fatihah untuk arwah abah>
  • harap-harap hubungan percintaan dengan si dia terus mekar. <ahaks~~~ jiwang nya. eeeuwwww>
  • nak tengok adik ku, Aien Samian sambung degree dalam tahun ni juga.
  • tak sabar nak konvo degree tahun ni. nak beli baju chantek untuk konvo.
  • paling penting : segala apa yang akma lakukan mendapat keredhaan dari ALLAH s.w.t. amin~~~

The right mindset will make this year the right year for you. 

Your focus determines where you will go and how things might end :)

Kontroversi Gambar Terbaru Amalina Che Bakri

Kecoh la ye pasal Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang SPM 2004 Malaysia kat dalam facebook sekarang ni. Dia pernah jadi kebanggaan suma orang bila berjaya mencapai kejayaan 17A1 dalam SPM yang sangat2 buat aku jelous. kenapa la dia ni pandai sangat? sumber inspirasi aku la gak masa tu walau tak secemerlang dia. Then dia dapat tajaan dari Bank Negara untuk belajar kat oversea. Pastu timbul isu dia fail dalam exam.


So sekarang ni orang heboh balik pasal dia. Dia kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran. Profile facebook juga menunjukkan beberapa kepingan foto Amalina beraksi seperti sudah lupa pada agama dan bangsa nya. Lagi daring dari aku la ye cara pakaian dia. Ganas...

Jom check it out gambar-gambar dia kat oversea. Majalah REMAJA cuba la gi interview dia & letak dalam segmen yang study kat oversea tuh. Heuheuheuheu...



nur amalina che bakri









facebook amalina che abkri

okay... dah tengok pic2 terbaru dia kann. may be memang sebelum ni dia tak bertudung, siapa yang tahu? kita pun tidak tahu sebab kalau di media massa, dia bertudung sebab masa tu sekolah lagi & baru habis sekolah. wallahualam~


Orang kata belajar kat oversea kena ade iman yang kuat. Sekali tersilap langkah, gini la jadinya. 

Agama merupakan pegangan kita. 


# Nota kaki : Nasib baik aku tak belajar kat oversea. Hahahah memang tak dapat pun sebab SPM 2005 okay2 je.


Sunday 1 January 2012

first entry on 2012

Don't waste your time thinking about what might have been. The past is gone & can't be changed. Make the future what you want it to be.