Tuesday 7 July 2015

Kronologi Bersalin Anak Pertama - Part 1

New Journey in My Life for me to remember

Aku ingin melakarkan pengalaman bersalin anak pertama di blog ini secepat mungkin agar ingatan & kenangan itu abadi. Sebelum ni, tak sempat pun nak merealisasikan angan-angan untuk update pelbagai cerita kehidupan aku. Ingat nak bermula dari konvo degree, pekerjaan pertama ku, aku dirisik, persediaan pertunangan, hari pertunangan, persediaan perkahwinan, hari perkahwinan, honeymoon & pengalaman mengandung. Sifat kemalasan tu menguasai diri padahal boleh je update through phone. So since this is new journey in my life & husband with our cute little princess. Here it is...

30 Jun 2015
7.30 pagi - Selepas mandi, terperasan lendiran keluar dengan dot chocolate. Tunjuk pada husband...masing-masing blurrr. Aku asume tu sebagai keputihan saja la sebab minggu-minggu terakhir mengandung memang akan ada keputihan. Aku dah 39 weeks day 2 of pregnancy masa tu. So bersiap pergi kerja macam biasa la.

9.30 pagi - Tengah sibuk-sibuk buat kerja kat office, rasa panty liner macam basah sikit tak macam biasa. Kebetulan rasa nak buang air kecil, so terus pergi toilet la. Tengok2 panty liner ade cecair yang aku sendiri tak pernah tengok. Macam cair bewarna keruh kuning sikit. Ni bukan keputihan. Terus whatsapp group officemates perempuan tanya warna air ketuban warna apa macam mana bentuk nya. Aku siap minta maaf & hantar gambar warna cecair di panty liner. Diaorang semua dah macam kelam kabut tanya aku kat mana, sakit ke tak. Seriusly aku memang x rasa sakit. Aku terus masuk office, amik panty liner spare pergi tukar. 

Kak Zarina cakap tu dah kira air ketuban. Kak Liny pula call desk phone cakap dia dulu pun keluar air ketuban macam tu. So dia advice kan aku berbuka puasa, balik rumah bersiap mandi, makan telur separuh masak makan kurma semua. Tak lama lepas tu Kak Shikin pula datang kat desk halau aku balik rumah cepat.

Aku pun sibuk2 list kan kerja apa yang aku pending & nak handover kat Ging Chiau yang bakal backup kerja2 aku sepanjang aku bercuti. Kerja yang aku boleh siap kan, aku siapkan cepat - send out email yang dah draft je pun. Terus aktif kan out office notification sekali. Sign gate pass & Kak Zarina yang tolong naik atas bagi Manager-in-charge sign kan. Tangga shortcut tinggi. hahaha diaorang tak bagi aku jalan. Senior HR pun dah paksa aku balik cepat2. Aku pergi tukar pad pula sebelum gerak balik sebab rasa panty liner kedua dah lencun. Kak Zarina & Kak Shikin advice aku pergi klinik yang boleh check ibu mengandung dulu. Dalam otak nak pergi Hospital Penawar je dulu sebab ada Klinik O&G. Tapi Kak Zarina cakap takut hospital terus tahan pula, tak memasal bersalin kat swasta. hahahaha...aku pun fikir perkara yang sama. Dia advice pergi klinik RabbiSyifina je. Boleh jugak tu sebab memang dekat dengan rumah. Dah call husband sekali bagitau condition aku & aku bagitau aku balik rumah.

10.30 pagi - keluar dari office & sempat singgah bank nak withdraw RM800 untuk bayaran deposit check in wad 1st class di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Lepas tu call husband cakap aku dah otw nak pergi klinik & minta dia pun balik untuk bawa aku pergi hospital nanti. Aku terus ke Klinik RabbiSyifina & beritahu doktor perihal aku. Doktor advice terus pergi hospital sebab dia tak nak aku kena check jalan bukaan untuk bersalin banyak kali. Untuk mengelakkan infection kalau kena seluk banyak kali. Aku akur & terus keluar dari klinik. Sebelum balik rumah, sempat singgah kedai runcit beli roti. Teringin makan roti jem chocolate peanut pula. hahahaha...

11.30 pagi - sampai rumah, masak air & terus pergi mandi air shower heater. Ingat ada baca kalau boleh mandi air suam. Nasib rumah ada shower heater tu. Bersiap tukar baju semua dengan kemas2 barang lain yang nak bawa pergi hospital sambil2 rebus telur ayam kampung separuh masak 2 biji. Makan telur ayam kampung separuh masak, minum milo, makan roti jem chocolate peanut. Husband pun dah sampai rumah & tolong angkat barang nak bawa pergi kereta. Just termos air, air masak, milo, biskut, roti je. Barang2 macam beg ibu dan bayi & barang bayi utk ke labour room memang dah ada dalam kereta. Actually beg ibu baru je bawa turun letak dalam kereta pagi tadi. Tergerak hati nak bawa hari ini sebab baru lepas kumbah & kemas balik. Beg bayi pun dah kumbah & kemas balik sebelum ni. Hahaha jenis tak puas hati kan kot2 barang apa yang tak cukup lagi. 

1.15 petang - kami tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Husband cari parking & kami jalan sama2 ke Emergency orang bersalin. Gigih lagi jalan sendiri sebab perut tidak rasa sakit lagi. Sampai je Emergency, bagitau guard & disuruh pergi ke bilik saringan di Tingkat 1. Sampai je kaunter terus hulur buku pink & beritahu nurse yang aku dah keluar air ketuban. 


Aku memang tak suka duduk dah. Rasa nak berdiri & banyak jalan sebab kalau duduk, pinggang tu rasa macam menyucuk-nyucuk. So aku pun berdiri je sambil ditemani husband. Tak lama lepas tu nama aku kena panggil untuk di ambil tekanan darah & check CTG. Masa ni nurse je yang check dulu. Masa nak baring atas katil bilik saringan tu, lokos dah pad aku dengan air ketuban. Macam 2 das mencurah-curah sampai nurse bagi 2 keping maternity pad kat aku. So far suma okay lagi & aku diminta menunggu di luar lagi sehingga nama dipanggil. 

Dah petang macam tu baru la nama aku dipanggil lagi sekali oleh doktor. Tak perasan pula jam berapa masa tu. Doktor tanya macam-macam. Air ketuban keluar warna apa, berapa kali tukar panty liner tukar pad. Aku pun dah ingat-ingat lupa sebab dah blur. Nasib ada ambil picture masa mula2 keluar air ketuban tu.  Continue CTG bagai & ambil bacaan suhu badan. Then kena ambil darah juga tapi lupa pula untuk apa. Disuruh keluar menunggu lagi. 

Senja baru nama aku dipanggil untuk check in wad ibu mengandung. Husband kena pergi kaunter hasil untuk pendaftaran masuk & booking wad 1st class sekali guna GL husband. Kesian husband kena turun naik turun naik. Lepas tu kami diguide untuk ke wad ibu mengandung. Huhuhu agak sadis gak wad nye. Macam dalam asrama pun ada, macam wad zaman berperang pun ada. Dah la panas. Nak menitik air mata kena duduk wad macam tu. Merengek2 kat husband nak wad lain. Tapi disebebkan wad 1st class masih penuh & kena tunggu, so redha je la. Mula2 kena tukar baju wad which is colour pink. Size semua besar2, kelakar tengok diri sendiri pakai. Masa tu tak terurus dah sebab sakit pinggang. Kalau boleh tak nak duduk langsung. Nak berdiri & jalan mundar mandir je. Sebelum diberi katil, nurse check degupan jantung baby dulu & bagi aku dengar. Lepas tu nurse siap kan bed aku. Bed aku hujung sekali & tak kena kipas. Sedih.... Redha je la dulu tunggu dapat wad 1st class. Letak barang semua terus pergi mandi. Jalan pun dah slow2 sebab rasa macam sakit sikit2. Bilik air pun takot macam licin. Al-maklum la bilik air kongsi2 macam asrama. 

7.00 malam - dah hampir waktu berbuka. Kesian husband. Dia cakap nak keluar pergi beli makanan untuk dia berbuka & dinner untuk aku. Paling senang beli McD je la. Tak dan dah nak memikir. Masa husband keluar tu...aku baring je la merengkot atas katil sebab dah rasa tak selsa sakit mnyucuk2 kat pinggang. Nak duduk lagi la x tahan. Tahan je la. Husband balik dari beli makanan, makan same2 pastu dia dah nak balik mandi semua. Aku pun rasa sedih & redha je la kene tinggal kat wad. Tidur la malam di situ tanpa husband. Tengok akak katil sebelah dah dapt pindah 1st class. Tak pe...tunggu je la rezeki. Ok...rehat atas katil  sambil layan FB & WA, family & kawan2 risau. Minta semua doakan aku dipermudahkan untuk bersalin.

9.00 malam - Husband bagitau dah sampai rumah. Mengadu kat husband yang pinggang ni dah sakit sangat. Tapi asyik rasa nak buang air besar je. Duduk kat toilet lagi selesa dari duduk kat katil. Sampai je katil lepas buang air besar yang sikit tu terus datang sakit balik. Husband cakap sampai bila nak duduk dekat toilet. Mana boleh teran...nanti baby terkeluar pula. So baring mengiring je la atas katil nak kurangkan sakit. Sedih je tidur sorang2 tanla husband. Husband cakap nanti dia datang balik...malam ni nak tidur kat parking hospital sebab takot aku dah nak bersalin, dia tak sempat sampai. Pasir Gudang ke HSA dekat setengah jam juga. Kesian husband. Aku pun tengah risaukan Miaw kucing aku yang bunting tu. Takut dia pun nak terberanak sebab sama2 sarat. Hahahaha. Tanya2 husband pasal Miaw. Miaw okay je. Sebab dah penat sangat, aku nak lelap kejap. Tak larat dah. Good night.

-to be continue part 2-