Tuesday, 31 January 2012

Rahsia Kekayaan Apek


Berseluar pendek, Bersinglet, Berselipar Jepun tapi poket di kiri & kanan berkepuk-kepuk.

Inilah al-kisah nya....


Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."


Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."


Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."



Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri.

sumber ehsan : Facebook

Sunday, 29 January 2012

Boots Dr Martin

malam tadi keluar dinner dengan amin kat McDonald Sg Besi sebelum dia pulang ke Shah Alam. Masa tengah beratur nak order, aku ternampak la seorang chinese girl neyh memakai boots. aku cakap la kat Amin : " ehhhh boots ni tengah trend balik la, hari tu aku blogwalking kat blog Fatin Liyana pun, dia dah beli boots ni." hehehe nak tahu Amin buat apa. Dia tunjuk kasut yang dia pakai tuh. Boots Dr Martin gak tapi versi dah buruk. heheheh sorry Amin. Colour dia tak menarik perhatian aku tapi colour boots yang chinese girl tu pakai colour Hitam, so nampak cantik gak. 

so sekarang padam jam 4.30 pagi, aku tak tidur lagi. aku pergi la usha balik kat blog Fatin Liyana. tengok post dia pakai boots tuh. lihat la tuh, macam style gak. 


seterusnya, sesi menggoogle laaaa. hahaha macam-macam colour la boots neyh. boots ni memang famous masa zaman Skinhead tengah top dulu. sekarang ni girls alaf baru pakai sebagai sebahagian dari style saja.




style kannnnn. bawah ni adalah yang lagi feminin sikit. 





Dr Martin Floral boots


hehehe teringin gak nak pakai boots Dr Martin. colour hitam camni je cukup la. 
bukan la pandai sangat bergaya kannnn. ini adalah colour yang paling safe.



sekarang ni aku cuma ada boots untuk kawad je. tu pun dah 2 tahun tak dipakai sebab aku dah lama tak berkawad & tak join aktiviti Pertahanan Awam lepas ditauliahkan. huhuhu SISPA UNISEL ada kat Bestari Jaya je. kat Shah Alam tak de. sobssss~~~ rindu. hookey, over pulok, back to boots. nanti aku nak try cari la boots Dr Martin ni.


handsome tak aku pakai boots kawad ni? 

sekian.



Event SCOPE WE-DO

On Saturday 14 January 2012
 Wholesale Banking Operation organised WE-DO at Padang Astaka PJ.
WE-DO stand for WBO Engagement Day Out
It is not about couple engagement. This is like "Sukaneka".

hurh~~~ what is it? All SIMA Trainee are compulsory to come. and yet I got free t-shirt for this event. ngeh ngeh ngeh TQ Boss. Kesian department lain kena keluar duit sendiri beli baju. hahahaha

so after balik kerja dalam jam 3 - 4 pagi, tidur kejap lepas tu bangun siap-siap nak event ni. going together with Illa, Syikin & Ain. ahhhhh rabak mata tak cukup tidur. sampai lambat sikit sebab tak jumpe padangnya.  kata depan AmCorp Mall tapi sebenarnya seberang highway la ye. melepas la nak tengok kawan-kawan yang kena buat persembahan marching. sobs sobs sobs~~~

okay, dah sampai. so kena la cari geng2 gossip dulu lepas tengok penghujung marching. bergossip sesama SIMA Trainee adalah wajib. weeeehuuuu

ini geng budak Trade
atas : fuzy, peneh, mai, dayu,illa, syikin, me, fara & rauf
bawah : L, rosdan, zati, & ...... (sorry lupa nama)
suma pakai baju FREE


soooo dalam ni adalah beberapa geng gossip yang tegar iaitu aku, dayu, jannah. lama dah tak melepak dengan korang kat SIMA. rindu ! jarang dah jumpa sebab aku kerja malam kannn. semangat nak elaun lebih. 


okay lets talk pasal WE-DO ni. ada maskot okay untuk setiap group. 
so kat bawah ni la maskot-maskot yang ada untuk hari itu.
ihsan dari FB : Fuzy Rahman. 

ni superhero pertama. x tahu yang mane. macam ironman ada jubah je. 

tu diaaaaa. Batman laaaa.

abaikan yang sebelah kiri tu. yang superhero tu X-Men kowt

yang ni pula Ninja Turtle

comel-comel belaka la maskot2 yang ada. 
HAHAHA tak sempat nak snap dengan suma maskot neyh. 
cameraman tidur kat rumah. tak sempat nak heret.

seterusnya, sesi registration. maklum la nama aku termasuk dalam senarai peserta Main Tarik Tali. hahaha kuat ke? redah je la. dapat souvenir beg SCOPE + Pin Button WE-DO. lepas habes sesi marching, makan time. dapat makan nasi lemak je. air beli sendiri. nampak sangat la event budget neyh. REDA je la kannn. best dapat cuci mata je la. hikhikhik okay la, acara-acara yang ada dalam event ni adalah :
  • lumba lari ramai-ramai ikat kaki kat tali. (x tau camane nak describe, paham-paham sendiri je la)
  • lumba lari pakai goggle & pegang baton nenas
  • tarik tali


tu je laaaa yang ada tapi banyak kategori. bertahun gak la nak tunggu aku dapat main tarik tali. tapi baru je last game tarik tali untuk boys, hujan. so event seterusnya postpone kat TownHall nanti. yang lagi best .... event tarik tali girls batal la. siapa nak main tarik tali dalam hotel kannn. 

HAHAHAHAHA so aku datang memang saja2 nak disnap gambar jeeee.









sekian itu saja. 
tak best langsung aku bercerita kannnn. 




Saturday, 28 January 2012

5 Rahsia Orang Cina Kaya Raya

 

orang melayu wajib baca !

1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup :
    Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan & keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung :
    Untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan, pelanggan adalah raja,
    kehilangan pelanggan adalah musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.

3. Orang cina jarang bangkrap, kecuali 2 perkara :
    berjudi dan kaki perempuan / ada perempuan simpanan.

4. Modal orang cina, 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk :
   1 mangkuk untuk keluarga, 1 mangkuk simpanan & BAKI  3 mangkuk untuk modal balik.

5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal : 
    mereka akan bertanya, berapa bunganya ?
    bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan.



sumber ehsan Facebook.


SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN KETIGA






Encik Azuan Abd Razak
SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN KETIGA
D̶̶o̶̶n̶̶'̶̶t̶̶ ̶̶w̶̶a̶̶i̶̶t̶̶ ̶̶f̶̶o̶̶r̶̶ ̶̶t̶̶h̶̶e̶̶ ̶̶p̶̶e̶̶r̶̶f̶̶e̶̶c̶̶t̶̶ ̶̶m̶̶o̶̶m̶̶e̶̶n̶̶t̶̶. 
Take The Moment and Make it Perfect.
15 January 2009 in memory


with LOVE
Cik Akma Samian


nota kaki : kami bermula dengan berskandal satu tempat kerja & akhirnya berchinta sehingga kini. Alhamdulillah. lewat sangat nak update. busy sangat.

Wednesday, 11 January 2012

Wordless Wednesday #4 Light Bulb Necklace





# nota kaki : sedang mencari necklace cenggini lepas menonton movie The Darkest Hour. sangat rare !

Monday, 9 January 2012

Mahasiswa sebelum AUKU

macam best je jadi mahasiswa sebelum AUKU. pelbagai pengalaman dapat dipelajari. 
Jom check it out !



so... hallo brader : jangan nak cakap UNISEL tempat terbaik untuk membiak demonstrasi okay.

suke hati dia je nak kutuk-kutuk tempat orang belajar pula.
saya budak baik tau tak terlibat dalam ni sume.
peace !