Saturday 10 December 2011

Abah... I Miss You !

Abah sakit kuat dan telah dimasukkan ke Hospital Baru Batu Pahat. 20 Nov 2011 aku pulang ke Batu Pahat untuk menjaga abah & abah sentiasa menyebut nama ku sebelum aku pulang. maafkan along abah sebab along balik lambat. abah gembira sewaktu aku menjaga nya.


Namun rupa-rupanya allahyarham menunggu ku. last word from him to me & Aien : " fight for your life". kami berjanji akan fight untuk abah. Tanggal 22 Nov 2011 jam 10.20 malam, abah telah kembali ke rahmatullah meninggal aku, ibu ku & 2 adik-adik ku. 

Ya Allah, dugaan ini sangat berat untuk ku terima namun ku harus kuat & tabah menghadapi nya demi Ibu ku & adik-adik ku. tanggungjawab pertama sudah ku galas iaitu menguruskan urusan untuk pengebumian abah. ibu sudah menangis & adik ku, aien bertanggung jawab memujuk beliau.walaupun aku menangis sekejap & nampak kuat, dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

Dengan ditemani teman baik sejak dari skolah menengah Hafiz, sokongan kuat dari chenta ku Azuan, saudara mara dan bantuan yang diberikan dari kalangan kenalan arwah abah, abah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang Jaya pada jam 10.00 pagi. 

Abah, miss youuu :'(

In Memory
Allahyarham Samian bin Abd Rahim
25 Jan 1962 - 22 Nov 2011
Alfatihah ~

1 comment: