Friday 23 December 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

sumber:  BNM
Imej pandangan belakang duit syiling Malaysia siri ketiga


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

corak pada duit syiling Malaysia siri ke -3

 
50 sen 
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketiga

Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
 Imej menunjukkan ciri keselamatan duit syiling 50 sen Malaysia siri ketiga


20 sen
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga
Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10 sen
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5 sen
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


Sambungan 1st entry : coins with Freemason logo - coincedence or purposely ?
okay..di atas tu sumber dari website Bank Negara Malaysia about description latest coin yg akan kua tahun depan. so akma nak sambung cerita pasal duit syiling 10 sen yang ade logo "Star of David" tu.  mengikut description dr website BNM, lambang tersebut merupakan corak anyaman dari suku kaum Mah Meri, suku kaum orang asli yang terbesar di Semenanjung Malaysia.


ok la so this is truly Malaysia.

akma x dapat nak komen lebih2 sangat coz takot tersilap information. so kite tunggu je la bila duit syiling ni betol-betol kuar & tunggu penjelasan dari pihak yang sepatutnya. akma hanya share sesuatu yang buat akma curious je neyh. kalo sape2 ade info lg best, jgn lupe share2 la ye. :)

No comments:

Post a Comment